Jangkitan baharu di Selangor naik 2 hari berturut-turut kepada 1,597 kes

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi di Selangor melonjak lagi buat dua hari berturut-turut.

Dalam tempoh itu, Selangor merekodkan 1,597 jangkitan baharu, berbanding 1,080 kes yang dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan kes di negeri itu mencecah 724,100 kes.

Sejak awal tahun lalu hingga semalam, negeri itu mencatatkan 14,251 kes aktif dengan 11,887 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,251 pesakit ditempatkan di PKRC; 1,021 dimasukkan ke hospital; dan 92 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 52 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh itu juga 700,073 pesakit disahkan sembuh, sementara 9,657 pesakit lagi meninggal dunia.

Berdasar statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri di seluruh Malaysia, 10 lagi negeri merekodkan peningkatan jangkitan, tetapi kesemuanya tidak melebihi 600 kes.

Kelantan merekodkan 806 jangkitan baharu, berbanding 792 kes semalam, menjadikan keseluruhannya 144,808 kes positif di negeri itu, dengan 137,638 pesakit disahkan sembuh.

Sabah pula merekodkan 573 kes baharu berbanding 545 semalam; diikuti Johor (485 kes baharu, 385 semalam); Sarawak (480 kes baharu, 416 semalam); dan Kedah (438 kes baharu, 412 semalam).

PahangĀ  mencatat 367 kes baharu berbanding 258 semalam, diikuti Pulau Pinang (318 kes baharu, 245 semalam); Terengganu (273 kes baharu, 246 semalam); Perak (200 kes baharu, 161 semalam); dan Negeri Sembilan (199 kes baharu, 160 semalam).

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 6,243 kes berbanding 5,403 semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 2,522,498 kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR