Jangkitan baharu di lapan negeri naik semula, kes di Kelantan melonjak

November 22, 2021 · Isu semasa

Hanya sehari sahaja semua negeri dan Wilayah Persekutuan tidak merekodkan peningkatan jangkitan baharu iaitu semalam, namun dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kes baharu meningkat semula.

Serentak peningkatan jumlah jangkitan harian daripada 4,854 semalam kepada 4,885 hari ini, kes baharu di lapan negeri turut naik semula.

Berdasarkan laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri hari ini, kes di Kelantan melonjak daripada 486 semalam kepada 683 kes hari ini, meningkat 197 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 152,394 dengan 144,514 pesakit telah sembuh.

Sehingga semalam, Kelantan merekodkan 6,111 kes aktif termasuk 4,673 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 813 ditempatkan di PKRC; 583 dimasukkan ke hospital; dan 42 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negeri itu juga merekodkan 1,121 kes kematian, termasuk 242 pesakit yang meninggal dunia sebelum menerima rawatan perubatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Tujuh lagi negeri yang mencatat peningkatan jangkitan baharu hari ini ialah Sabah sebanyak 485 kes berbanding 437 semalam; diikuti Kedah (472 kes hari ini, 275 semalam); Pahang (356 hari ini, 262 semalam); Perak (228 hari ini, 177 semalam); Putrajaya (70 hari ini, 31 semalam); dan Perlis (13 hari ini, 12 semalam).

Melaka yang baharu saja menyelesaikan Pilihan Raya Negeri Ke-15 Sabtu lalu, turut mencatat peningkatan jangkitan baharu hari ini apabila merekodkan 291 kes berbanding 142 kes semalam.

Sementara itu, jumlah jangkitan di Selangor turun lagi hari ini kepada 968 kes, berbanding 1,365 kes semalam.

Sejak awal tahun lalu hingga tengah hari tadi negara merekodkan 2,591,486 kes positif Covid-19, dengan 2,493,437 kes telah sembuh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tujuh kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 5,888 kluster dengan 5,655 kluster telah ditamatkan dan 233 masih aktif.

Beliau berkata, daripada 4,885 kes yang dilaporkan hari ini, 91 kes atau 1.9 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,794 kes (98.1 peratus) lagi adalah pesakit kategori 1 dan 2.

Seramai 549 pesakit kini dirawat di ICU, termasuk 274 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,867 kes yang dilaporkan hari ini adalah jangkitan tempatan, termasuk 135 melibatkan bukan warganegara, dan 18 kes import dengan tiga pesakit adalah rakyat asing.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok