
Kes jangkitan baharu Covid-19.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 5,720 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dikesan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi ringkasan kes harian melalui media sosial, berkata ia menyumbang kepada sejumlah 2,887,780 kes positif wabak berkenaan setakat ini.
Jumlah jangkitan hari ini hampir menyamai rekod kes semalam sebanyak 5,736 kes.