
Data 13 November 2022.
Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 13 November 2022) mencatat penurunan, dengan hanya dua kematian dilaporkan, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Dalam tempoh itu, sebanyak 2,234 jangkitan dilaporkan, berbanding 2,882 kes pada Sabtu.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,948,817 kes, dengan 4,882,664 pesakit telah sembuh, termasuk 3,836 yang pulih semalam.
Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,529 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 468 kes (penerima dua dos); 224 kes (individu tidak divaksinasi); dan 13 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 29,605 kes masih aktif, turun lagi berbanding 31,209 yang dilaporkan sehingga Sabtu.
Daripada jumlah itu, 27,666 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (29,345 pesakit pada Sabtu); dan 1,848 dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,780 pada Sabtu.
Seramai 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (84 pada Sabtu), dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (62 pada Sabtu).
Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 957 (1,517,066)
- Kuala Lumpur – 176 (459,462)
- Sabah – 188 (401,686)
- Johor – 53 (396,127)
- Sarawak – 82 (318,533)
- Kedah – 90 (313,329)
- Pulau Pinang – 135 (302,543)
- Kelantan – 84 (256,625)
- Perak – 106 (235,163)
- Negeri Sembilan – 122 (227,738)
- Pahang – 55 (179,735)
- Melaka – 134 (139,156)
- Terengganu – 23 (130,862)
- Putrajaya – 17 (29,668)
- Labuan – 9 (22,445)
- Perlis – 3 (18,679)
Sementara itu, dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID) dilaporkan.
Dua kematian itu masing-masing dilaporkan di Johor dan Kedah.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,528 kes, termasuk 7,773 kes BID.