Jangkitan baharu Covid-19 semalam kekal lebih 4,000, 10 kematian

August 12, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, Khamis (11 Ogos 2022), kekal melebihi 4,000 walaupun turun sedikit berbanding yang dicatat pada Rabu.

Menurut laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, sebanyak 4,831 kes dilaporkan semalam berbanding 4,896 yang direkodkan pada Rabu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,724,225 kes, dengan 4,642,078 pesakit telah pulih, termasuk 3,362 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 3,391 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 925 kes (individu lengkap dua dos); 486 kes (individu tidak divaksinasi); dan 29 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif meningkat semula kepada 46,081 kes, berbanding 44,622 yang dicatat pada Rabu, dengan seramai 44,404 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (42,942 pada Rabu), dan 33 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (35 pada Rabu).

Sementara itu, seramai 1,584 pesakit dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,577 pada Rabu, manakala 60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (68 pada Rabu), dengan 40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (37 pada Rabu).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 1,673 (1,442,785);
  • Kuala Lumpur – 1,012 (414,242);
  • Johor – 144 (389,993);
  • Sabah – 360 (384,723);
  • Sarawak – 115 (310,693);
  • Kedah – 124 (305,879);
  • Pulau Pinang – 210 (292,753);
  • Kelantan – 75 (250,417);
  • Perak – 356 (218,199);
  • Negeri Sembilan – 316 (215,917);
  • Pahang – 79 (174,782);
  • Melaka – 155 (130,766);
  • Terengganu – 37 (127,782);
  • Putrajaya – 141 (25,218);
  • Labuan – 19 (22,008); dan
  • Perlis – 6 (18,022).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai 10 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,066 kes, termasuk 7,667 kes kematian di luar fasiliti kesihatan.

Empat daripada kes kematian itu dilaporkan di Johor, dua di Melaka dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Perak, Sarawak dan Selangor.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
12 jam lalu· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
September 28, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kon sangkut di kepala
September 27, 2022
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023
48 minit lalu · Isu semasa
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
1 jam lalu · Isu semasa
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
2 jam lalu · Isu semasa
1,552 kes semalam, 6 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
17 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok