Jangkitan baharu Covid-19 semalam hampir 4,000 kes, dua kematian

November 3, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 2 November 2022) melonjak hampir mencecah 4,000 kes, yang kali terakhir merekodkan 4,071 kes pada 18 Ogos lalu.

Dalam tempoh semalam, sebanyak 3,969 kes baharu direkodkan, tertinggi dalam tempoh 75 hari dan meningkat berbanding 2,913 kes yang dicatat pada Selasa.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan 3,967 kes melibatkan jangkitan tempatan dan dua kes import.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,909,846 kes, dengan 4,840,348 pesakit telah sembuh, termasuk 2,696 yang pulih semalam.

Selangor dan Kuala Lumpur kembali mencatat kes tertinggi dengan masing-masing 1,145 kes dan 1,180 kes.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,920 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 749 kes (penerima dua dos); 287 kes (individu tidak divaksinasi); dan 13 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 33,018 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 31,747 kes yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 31,458 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (30,257 pesakit pada Selasa); dan 1,497 dirawat di hospital, naik lagi berbanding 1,430 pada Selasa.

Seramai 63 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (60 pada Selasa), dengan 47 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (43 Selsa).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,145 (1,501,495)
  • Kuala Lumpur – 1,180 (453,653)
  • Sabah – 248 (399,274)
  • Johor – 73 (395,435)
  • Sarawak – 81 (317,586)
  • Kedah – 120 (311,937)
  • Pulau Pinang – 157 (300,523)
  • Kelantan – 106 (255,408)
  • Perak – 314 (233,015)
  • Negeri Sembilan – 245 (225,560)
  • Pahang – 79 (178,778)
  • Melaka – 104 (137,789)
  • Terengganu – 49 (130,382)
  • Putrajaya – 58 (28,553)
  • Labuan – 7 (22,346)
  • Perlis – 3 (18,612)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’.

Kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Perak dan Sabah.

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 36,480 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,763 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok