
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 20 Jun 2022.
Setelah mencatat penurunan mendadak kes baharu Covid-19 di seluruh negara pada Ahad, jangkitan positif dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 20 Jun 2022) kembali meningkat melebihi 2,000 kes.
Menurut laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, sebanyak 2,093 jangkitan baharu dilaporkan semalam, meningkat berbanding 1,690 kes pada Ahad.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,585 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (358 kes); individu tidak divaksinasi (139 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (11 kes).
Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,542,705 kes, dengan 4,481,018 pesakit telah sembuh, termasuk 2,082 yang pulih semalam.
Sehingga semalam juga sebanyak 25,952 kes masih aktif, meningkat sedikit berbanding Ahad sebanyak 25,944 kes.
Pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah juga naik semula kepada 24,929 kes berbanding 24,906 pada Ahad, manakala jumlah yang ditempatkan di PKRC kekal kepada 15 pesakit.
Sementara itu, jumlah individu yang menerima rawatan di hospital akibat Covid-19 sehingga semalam turun kepada 985 pesakit berbanding 1,000 pada Ahad.
Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi pula kekal 23 kes, dengan 18 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
- Selangor – 1,007 (1,381,806);
- Johor – 62 (385,379);
- Sabah – 76 (373,508);
- Kuala Lumpur – 444 (364,893);
- Sarawak – 34 (307,399);
- Kedah – 30 (301,230);
- Pulau Pinang – 155 (283,782);
- Kelantan – 18 (248,154);
- Negeri Sembilan – 82 (206,541);
- Perak – 62 (205,782);
- Pahang – 23 (172,088);
- Terengganu – 14 (126,451);
- Melaka – 58 (125,391);
- Labuan – 1 (21,442);
- Putrajaya – 19 (21,340); dan
- Perlis – 8 (17,519).
Sementara itu, KKM turut memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia di fasiliti kesihatan akibat komplikasi Covid-19 semalam.
Kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,735 kes, termasuk 7,579 kematian di luar fasiliti kesihatan atau dikategorikan sebagai ‘brought in death’.