Jangkitan baharu Covid-19 naik 200 kes

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik 200 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 4,543 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 4,343 kes semalam.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,510,852 kes, manakala sehingga semalam, 2,412,395 pesakit telah sembuh.

Menurutnya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 November 2021 untuk seluruh negara adalah 0.92.

Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatat RT 1.00 dan 1.03, manakala terendah direkodkan di Perak sebanyak RT 0.83.

BERITA BERKAIT
POPULAR