Kes baharu naik lagi, Perlis melonjak tinggi

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menyaksikan jumlahnya semakin menghampiri lima angka semula, setelah kali terakhir pada 3 Oktober merekodkan 10,915.

Dalam tempoh itu, sebanyak 9,890 jangkitan baharu dicatatkan berbanding 9,380 kes yang dilaporkan semalam, naik tiga hari berturut-turut setelah turun ke paras terendah 8,075 kes pada 4 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka baharu itu menjadikan jumlah terkumpul sejak awal tahun lalu kepada 2,313,727 kes.

Sembilan negeri merekodkan peningkatan kes dengan Perlis mencatat lonjakan ke paras tertinggi jangkitan di negeri itu apabila mencatatkan 200 kes baharu berbanding 42 kes semalam.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), jangkitan baharu di Selangor meningkat kepada 1,402 berbanding 1,116 kes semalam, diikuti Sabah sebanyak 820 kes baharu, berbanding 790 semalam.

Perak juga mencatat peningkatan jangkitan apabila merekodkan 794 kes berbanding 629 semalam; Pulau Pinang (721 kes baharu, 623 semalam); Pahang (564 kes baharu, 511 semalam); Melaka (260 kes baharu, 200 semalam); Kuala Lumpur (250 kes baharu, 214 semalam); dan Putrajaya (59 kes baharu, 18 semalam).

BERITA BERKAIT
POPULAR