Jangkitan baharu 4,343 kes

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi ke paras 4,343 kes, berbanding 4,701 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sebanyak 2,506,309 kes positif.

Sementara itu beliau berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 November 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91.

Putrajaya merekodkan RT 1.09, manakala Negeri Sembilan 1.00, sementara Perak mencatatkan RT terendah sebanyak 0.83.

Sehingga semalam, sebanyak 65,505 kes masih aktif dengan 51,103 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 8,389 ditempatkan di PKRC; 5,469 dimasukkan ke hospital; dan 544 dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 280 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR