Jangan tindas penjawat awam tolak vaksin, kata CUEPACS

September 4, 2021 · Isu semasa

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa supaya penjawat awam yang menolak vaksin tidak ditindas, sebaliknya mencadangkan satu garis panduan mengenai isu pengambilan vaksin dikeluarkan.

Presidennya Adnan Mat dalam kenyataan hari ini berkata garis panduan tersebut penting bagi mengelakkan majikan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka sendiri, sedangkan masih tiada undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 setakat ini.

Menurut laporan Bernama, Adnan berkata bagi perkhidmatan awam pula, kerajaan perlu mengeluarkan pekeliling khusus yang menyentuh dengan jelas tindakan dan pendekatan yang perlu dilakukan kepada penjawat awam dalam isu pengambilan vaksin Covid-19.

“CUEPACS percaya tidak semua mereka yang menolak vaksin Covid-19 adalah golongan anti vaksin, sebaliknya mereka ini mungkin masih belum yakin dengan keberkesanan vaksin itu dan dalam hal ini kerajaan perlu pergiatkan usaha memberi kesedaran untuk meningkatkan keyakinan rakyat bagi mengambil vaksin Covid-19.

“Tindakan terburu-buru ke atas kumpulan yang masih menolak vaksin hanya akan mendedahkan kerajaan kepada risiko tindakan undang-undang sekiranya garis panduan atau undang-undang jelas mengenai pengambilan vaksin belum dikuatkuasakan,” katanya.

Adnan berkata CUEPACS berpendirian teguh bahawa semua penjawat awam sewajarnya mengambil suntikan vaksin Covid-19 bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat berjalan seperti biasa kerana mereka semua adalah barisan hadapan yang akan menjadi pemudah cara kepada rakyat dan sektor ekonomi.

Katanya suntikan vaksin Covid-19 dapat mengelakkan seseorang yang dijangkiti virus itu menerima kesan lebih buruk selain mampu mengelakkan risiko kematian sekali gus mampu mewujudkan persekitaran tempat kerja selamat dan mengurangkan risiko jangkitan.

Adnan berkata CUEPACS juga menggesa kerajaan membentuk satu jawatankuasa khas bagi menilai dan mengkaji berkenaan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 di Malaysia, dalam usaha memastikan keberkesanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Bagaimanapun beliau berkata jawatankuasa itu perlu meneliti syor dan cadangan daripada pelbagai pihak sebelum satu undang-undang boleh diwujudkan memandangkan masih belum ada negara di dunia yang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.

Dalam pada itu, Adnan berkata kerajaan perlu memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan anti vaksin yang menyebarkan propaganda tidak benar menerusi media sosial kerana golongan tersebut boleh menjadi barah dan menggagalkan usaha kerajaan untuk keluar daripada pandemik Covid-19.

Justeru itu, golongan anti vaksin ini perlu dipantau dan diambil tindakan tegas supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan menyampaikan maklumat tidak tepat, katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
18 minit lalu · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
20 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok