Jangan terpedaya idea ekonomi songsang Najib, kata Rafizi Ramli

March 22, 2022 · Isu semasa

Baru kira-kira seminggu mengumumkan kembali ke kancah politik tanah air, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mula menyerang UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutama ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan kenyataan Najib supaya kerajaan melalui Petronas menyelamatkan Sapura Energy Berhad yang kini berdepan risiko muflis, adalah perbuatan membelanjakan wang rakyat dengan mudah.

Menurutnya rakyat memiliki institusi seperti Petronas atau Khazanah Nasional, tetapi Najib mendakwa kerajaan akan rugi besar jika Sapura tidak diselamatkan, termasuk kerugian kepada pemegang Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM4 bilion, kerugian kepada Maybank (RM10 bilion) dan 10,000 akan hilang kerja.

“Selepas kemenangan besar UMNO/BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, suara seperti ini yang mengambil sikap mudah membelanjakan wang rakyat untuk menutup kerugian korporat semakin kuat kedengaran.

“Rekod pentadbiran UMNO/BN, terutamanya semasa Najib menjadi Perdana Menteri, menunjukkan skandal-skandal besar pembaziran wang negara berlaku apabila parti itu merasakan mereka kuat dan tidak tercabar,” katanya yang turut bersimpati terhadap nasib kakitangan Sapura.

Dalam kenyataan di laman sesawang beliau hari ini, Rafizi berkata membelanjakan berbilion-bilion wang rakyat kepada beberapa kerat syarikat korporat dalam keadaan semua perniagaan dan semua pekerja di segenap peringkat menghadapi kesusahan, adalah tidak adil.

Lebih-lebih lagi katanya, apabila sejumlah wang yang besar melebihi berbilion-bilion ringgit telah pun disuntik ke dalam Sapura sejak lebih sedekad lalu.

“Walaupun terus diberi suntikan wang rakyat, Sapura terus mengalami masalah kewangan ketika harga minyak mentah berada pada paras yang tinggi, berbeza dengan syarikat minyak lain yang mendapat durian runtuh apabila harga minyak mentah dunia naik.

Rafizi berkata jika gesaan Najib diberi perhatian, maka peruntukan itu untuk membela segelintir golongan elit, sedangkan semasa golongan ini bermewah hasil daripada pembiayaan wang rakyat, mereka tidak pula memikirkan tanggungjawab memberi pulangan pelaburan yang baik kepada rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata wang rakyat itu boleh digunakan untuk membina kepakaran dan kemahiran usahawan-usahawan kecil, anak-anak muda, serta memberi pinjaman pendidikan.

“Saya akan terus memantau isu ini dan membentangkan angka-angka dalam hari-hari yang seterusnya untuk mengingatkan rakyat supaya jangan terpedaya sekali lagi dengan idea pengurusan ekonomi dari Najib.

“Saya menunggu sama ada beliau akan membalas kenyataan saya ini, seperti mana beliau begitu ghairah menjawab semua isu di media sosialnya selama ini. Sekembalinya saya ke arena politik, insya-Allah setiap idea songsang Najib akan menerima maklum balas dari saya,” katanya.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
1 jam lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok