Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan

September 20, 2021 · Isu semasa

PELBAGAI cara dan kaedah sindiket scam untuk menipu mangsa. Ada yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasa seperti polis, Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pegawai bank untuk menakutkan mangsa dan akhirnya wang tunai milik mangsa berjumlah ribuan ringgit diserahkan begitu sahaja kepada sindiket melalui transaksi secara atas atas talian.

Hakikatnya, scam tidak akan berjaya tanpa keldai akaun yang mana majoritinya adalah rakyat tempatan sendiri. Sama ada mereka diupah untuk memberikan akaun mereka, diperdaya dan lain-lain faktor, itu tetap menjadi satu kesalahan.

Baru-baru ini, seorang wanita pernah dikenakan tindakan undang-undang selain namanya masih berada dalam rekod polis sehingga sekarang selepas terpedaya dengan janji manis ‘scammer’ pada 2018 dan menjadi mangsa keldai akaun.

Pengguna Facebook bernama Affin Afira, 23, menerusi kumpulan Scammer Alert Malaysia berkata, dia dihubungi seorang individu yang menawarkan hadiah cabutan bertuah sebanyak RM100,000 dan turut meminta maklumat seperti nombor pin, akaun serta nombor kad juruwang automatik (ATM) miliknya.

“Ketika itu saya merupakan pelajar di sebuah politeknik. Bulan berganti bulan ada duit bantuan siswa telah dimasukan ke dalam akaun tapi saya dapati ia sudah dikeluarkan.

“Saya terlalu sibuk dengan urusan kuliah. Semasa itu, saya sangka ia hanya perkara kecil dan tidak membuat laporan polis,” tulisnya.

Menurutnya, pada tahun 2019 ketika sedang menjalani praktikal, wanita itu dihubungi polis yang menyatakan dia merupakan suspek sindeket penipuan dalam talian.

“Saya terus ke balai polis memberi kenyataan serta membuat laporan bahawa saya telah ditipu dan menjadi mangsa keldai akaun tetapi semuanya sudah terlambat.

“Saya ditahan dan terpaksa bermalam dalam lokap tanpa bantal dan selimut. Makanan hanya roti bersama air teh kosong sahaja. Keesokan harinya, saya dibawa ke mahkamah,” imbaunya.

Tetapi wanita itu bernasib baik apabila bapa saudaranya tampil membayar wang jaminan dan dia akhirnya dibebaskan.

Apabila membuat rujukan di bank wanita itu mendapati namanya telah dibekukan dan pada Ogos lalu dia sekali lagi menerima panggilan telefon dari polis berhubung kes yang direkodkan di Langkawi dan Baling di Kedah.

“Pihak polis menyuruh saya untuk menjamin diri sendiri memalui prosedur mahkamah pada masa yang ditetapkan.

“Doakan saya 21 September ini semoga dipermudahkan urusan untuk bayar jaminan dan pulihkan balik nama saya. Saya harap hantaran ini posting ini dapat membantu orang yang senasib dengan saya,” ujarnya

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, di Selangor terdapat empat kes penipuan (scam) yang kerap dilaporkan iaitu Macau Scam, Love Scam, pembelian online serta pinjaman tidak wujud (PTW).

Menurutnya, daripada empat scam tersebut, bermula dari tahun 2018 sehingga Februari 2020, kerugian dicatatkan mencecah RM441.03 juta.

“Siasatan polis mendapati di antara ‘pendukung’ yang membantu menggerakkan kegiatan penipuan ini adalah keldai akaun.

Kita tidak tolak kemungkinan ada ejen yang memainkan peranan mencari individu untuk dijadikan sebagai keldai akaun dengan bayaran sekitar RM100 hingga RM200. Masyarakat perlu sedar perkara ini, usah sewenangnya menyerahkan akaun anda kepada mana-mana pihak kerana ia mengundang bencana kepada anda kerana siasatan akan dibuka mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohd Fauzi berkata, mereka yang terpedaya dan menyewakan akaun akan berdepan dengan kesalahan jenayah.

“Pemilik akaun akan didakwa dan dipenjarakan. Mereka yang mengiklankan untuk menyewakan akaun bank dalam media sosial sebenarnya  penipu dan scammer. Lebih malang, mangsa akan jadi buruan pihak berkuasa,” ujarnya.

Tambah beliau, antara Julai hingga Ogos, sebanyak 12000 aduan diterima berkaitan akaun keldai. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada  dan jangan jadi mangsa sindiket keldai akaun.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok