Jangan sertai protes harga barang di Kampung Baru esok: Polis

June 30, 2022 · Isu semasa

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan terhadap kenaikan harga barang yang dijangka diadakan di Kampung Baru esok, 1 Julai 2022.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan itu, yang akan diadakan selepas solat Jumaat, tetapi tiada notis dikemukakan oleh pihak penganjur.

“Kami sedia maklum mengenai perhimpunan yang dirancang itu. Bagaimanapun, penganjur gagal memaklumkan secara rasmi kepada kami di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kami menasihatkan mana-mana pihak atau orang ramai supaya tidak mengambil bahagian. Tindakan akan diambil mengikut undang-undang,” katanya menurut laporan The Star.

Noor Dellhan berkata anggota polis akan ditempatkan di kawasan perhimpunan yang dirancang bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Sebelum ini dilaporkan Parti Amanah Negara merancang perhimpunan pada 1 Julai menggesa subsidi makanan dikembalikan semula untuk barangan asas seperti ayam, telur dan minyak masak.

Pengarah biro mobilisasinya Mohd Sany Hamzan berkata perhimpunan itu akan diteruskan jika masalah kenaikan harga tidak diselesaikan.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
6 jam lalu· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
4 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
5 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
5 jam lalu · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok