Jangan risau, wang KWSP masuk sebelum Aidilfitri: Tengku Zafrul

April 20, 2022 · Isu semasa

Tidak semua pemohon pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima wang masing-masing semalam, sebaliknya ia akan dikredit ke dalam akaun masing-masing dari semasa ke semasa.

Namun, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan wang kepada semua pencarum yang memohon akan dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya awal Mei ini.

“Jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah memberi komitmen, mereka akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan menerusi video di Facebooknya hari ini.

Beliau memberi penjelasan itu setelah menerima banyak pertanyaan mengapa pengeluaran khas KWSP belum dimasukkan ke dalam akaun penerima pada 18 April.

Tengku Zafrul menjelaskan, tidak semua permohonan pengeluaran khas KWSP dimasukkan ke akaun semua pemohon semalam, sebaliknya ia akan dikreditkan secara berperingkat.

Katanya, KWSP terima 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran RM40.1 bilion.

“Ini satu jumlah yang sangat besar. Sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar itu dalam masa yang singkat.

“Sejak saya umumkan pengeluaran khas KWSP yang akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April, ramai tanya, YB dah 18 April ni, kenapa tak masuk duit dalam akaun saya lagi?

“Sejak awal lagi, KWSP sudah maklumkan penyaluran dibuat secara berperingkat. Sekarang pun sudah ada yang terima makluman KWSP mengenai status permohonan mereka,” jelasnya

Beliau berkata, pemohon akan menerima wang mereka pada tarikh yang berlainan, dan bukan semuanya pada 18 April.

“Ada yang dapat 20 hari bulan, ada yang 21 hari bulan dan sebagainya. Saya harap Keluarga Malaysia yang terbabit dapat bersabar menunggu pengeluaran khas KWSP,” katanya.

Beliau juga berdoa semoga baki bulan Ramadan yang mulia ketika ini dapat dimanfaatkan dengan ibadah dan Aidilfitri kelak dapat disambut dengan lebih ceria.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok