Jangan panik, bekalan ubat masih terkawal: Noor Azmi

June 3, 2022 · Isu semasa

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata pihaknya memberi jaminan bekalan ubat-ubatan dalam negara secara amnya masih terkawal, lapor Bernama.

“Kita perlu faham bahawa keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat sesuatu penyakit adalah sama tanpa mengira jenama ataupun syarikat pengeluar.

“Contohnya, untuk penyakit darah tinggi ada banyak jenama. Ada yang dipatenkan, ada yang generik dan semua itu berkesan kerana jika ubat jenama A tiada, boleh ganti dengan ubat jenama B,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata KKM sentiasa memantau situasi itu dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak cuba mengambil kesempatan memanipulasikan harga ubat-ubat di pasaran.

Terdahulu, dalam ucapannya Dr Noor Azmi berkata tema sambutan Bulan Pemakanan Malaysia tahun ini adalah ‘Perangi Covid-19 dan NCD (penyakit tidak berjangkit) dengan Makan Secara Sihat’ dan pemilihannya selari dengan masalah berkaitan NCD yang sekian lama membelenggu negara.

“Sambutan ini diadakan dengan harapan ia dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan makan secara sihat dalam memerangi pelbagai jenis penyakit berjangkit ataupun tidak berjangkit,” katanya.

Beliau berkata Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2019 mendapati satu daripada dua rakyat Malaysia dewasa mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

“Ini sangat berbahaya kerana ia mendatangkan pelbagai penyakit, mengurangkan produktiviti dan memberi beban kepada perkhidmatan rawatan kesihatan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok