Jangan main-main soal talak: Menteri agama

June 27, 2022 · Isu semasa

Orang awam perlu membuat laporan terus kepada pejabat agama negeri ataupun daerah, sekiranya ada isu berkaitan talak yang meragukan tular di media sosial, sekali gus menimbulkan kemaslahatan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata tindakan sedemikian dapat membantu pihak berkuasa agama negeri ataupun daerah menjalankan siasatan lanjut dengan kadar segera.

“Jangan tunggu pejabat agama saja, kadi satu daerah seorang saja. Laporkan kepada kami, kalau kami tahu, insya-Allah, kita bertindak,” katanya semalam.

Idris mengulas mengenai pasangan penyampai yang aktif bersiaran langsung secara dalam talian di Facebook, iaitu dikenali sebagai DJ Wong dan DJ Sal berbaik semula selepas DJ Wong atau Noor Aziz Johari, 53, menceraikan isterinya DJ Sal, 43, dengan talak tiga menerusi siaran langsung FB pada April lepas.

Pada 19 Jun lalu, Harian Metro melaporkan yang kemunculan secara langsung pasangan itu menerusi FB ‘Sal Bollywood’, menimbulkan pelbagai persoalan terutama kepada pengikut serta peminat mereka berikutan beberapa kontroversi yang terpalit dalam hubungan mereka.

Kemunculan pasangan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat serta pengikut mereka, apabila ada yang gembira dengan hubungan kembali bertaut itu, malah terdapat juga yang mempersoalkan status suami isteri itu apabila DJ Sal diceraikan talak tiga melalui siaran langsung dalam FB.

Dalam laporan media itu, DJ Sal dipetik sebagai berkata yang beliau sudah merujuk isu talak itu kepada ahli keluarga sendiri serta golongan bijak pandai agama, yang kemudian memaklumkan apa dilafazkan suaminya tersebut sebelum ini tidak sah.

Ditanya sama ada pasangan itu mempermainkan agama, Idris berkata berkemungkinan disebabkan kejahilan mereka, dan isu talak sememangnya tidak boleh diambil mudah oleh umat Islam.

“Nak kata dia mempermainkan agama saya tak berani kata, mungkin kejahilan dia, dia anggap benda itu (isu talak) mainan biasa… mungkin dia jahil sebab itu kita harapkan pihak agama panggil dia kalau ini melibatkan soal nasab, soal keturunan sebagainya,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
JAKIM kenal pasti lokasi pusat ajaran sesat, Hadi Minallah
August 8, 2022· Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022· Isu semasa
Mat Kilau dinobat Tokoh Maal Hijrah Pahang
July 30, 2022· Isu semasa
Jangan hina, persenda agama atas nama kebebasan bersuara: Agong
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
18 minit lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
1 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
7 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok