Jangan leka, elok buat ujian kendiri sebelum pulang ke kampung: Khairy

May 3, 2022 · Isu semasa

Sebelum pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri, orang ramai dinasihatkan terlebih dahulu mengambil langkah menjalani ujian kendiri bagi mengelak menjadi pembawa virus.

Nasihat itu dilontarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengingatkan orang ramai tidak terlalu leka sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) walaupun negara sudah masuk ke fasa endemik.

“Walaupun kita berada di fasa peralihan endemik, suka saya menasihatkan supaya kita jangan sesekali leka dan terus mematuhi SOP serta tingkatkan penilaian Covid-19 anda dengan kit ujian kendiri sebelum pulang ke kampung halaman.

“Maksudnya sebelum kita balik, elok kita buat ujian kendiri untuk kita memastikan bahawa kita tidak bawa balik virus ke kampung halaman kita.

“Pastikan supaya semua keluarga kita di kampung kekal selamat dalam menyambut kepulangan kita semua,” katanya dalam siaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk rekod, orang ramai kembali menyambut hari raya Aidilfitri seperti normal dapat pulang ke kampung dengan beberapa kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan selepas hampir dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19.

Kerajaan semasa berdepan penularan Covid-19 sebelum ini tidak membenarkan orang ramai merentas negeri untuk pulang berhari raya bersama sanak saudara di kampung halaman, bagaimanapun sambutan tahun ini kelonggaran diberikan,

Dalam pada itu, Khairy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan petugas barisan hadapan kesihatan yang banyak berjasa dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

“Petugas barisan hadapan, ‘frontliners’ terutamanya ‘frontliners’ kesihatan yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kesihatan awam terus terpelihara.

“Keputusan kerajaan untuk pada tahun ini kita sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri untuk membenarkan kita merentas negeri, balik kampung berjumpa dengan saudara mara sahabat-handai adalah atas usaha dan juga pengorbanan barisan hadapan terutamanya barisan hadapan kesihatan.

Berita berkaitan
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
UMNO berada dalam kegelapan selama-lamanya: KJ
July 1, 2023· Politik
Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM
June 26, 2023· Isu semasa
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
3 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
3 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
4 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
4 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok