Jangan leka abai SOP semasa kebenaran rentas negeri: Khairy

October 11, 2021 · Isu semasa

Orang ramai jangan terlalu leka sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan kerana ia boleh mengakibatkan lonjakan semula penularan Covid-19, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu berkata negara sedang berada dalam fasa penurunan selepas berdepan dengan lonjakan kes yang disifatkan sebagai bencana atau hilang harapan dan orang ramai berperanan untuk mengelakkan krisis kesihatan sekali lagi berulang.

Menerusi ciapan di akaun Twitternya, KJ turut berkongsi gambar Model SEIR Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian Covid-19 yang menunjukkan graf kes harian di Malaysia dari 1 April hingga 31 Disember 2021.

“Ketika kita membenarkan perjalanan rentas negeri bermula hari ini, tolong ingat gambar itu, Kita sedang dalam proses penurunan kes dari lonjakan bencana dan putus asa.

“Pakai pelitup muka, pantau SOP dan amalkan TRISS (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek),” jelasnya.

Negara sebelum ini merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi sekitar Ogos dan September lalu, malah ada ketikanya mencatat lebih 20,000 kes sehari dengan angka tertinggi direkodkan pada 26 Ogos lalu iaitu sebanyak 24,559 kes.

Bermula hari ini, rakyat yang lengkap divaksin Covid-19 dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa memerlukan kebenaran polis, selepas sasaran vaksinasi lengkap golongan dewasa di negara ini mencapai tahap 90 peratus, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan rakyat Malaysia dibebaskan untuk melakukan aktiviti pelancongan ke mana-mana negeri, disamping dibenarkan melakukan pergerakan seperti balik kampung.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus turut memberikan ucapan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Khairy kerana berjaya memupuk rakyat Malaysia untuk peka mengenai kesihatan mental.

Ucapan itu disampaikan oleh Tedros melalui laman Twitternya hari ini, yang turut sama berkongsi ciapan Khairy berhubung isu kesihatan mental sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, semalam.

“Terima kasih atas kepimpinan anda dan sudah memupuk rakyat Malaysia untuk bercakap mengenai kesihatan mental, Menteri Kesihatan @Khairykj.

“Marilah kita bersama-sama, untuk memupuk penjagaan kesihatan mental yang berkualiti untuk semua!” katanya.

Khairy dalam laman Twitternya semalam, memaklumkan kesihatan mental akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan begitu juga sebaliknya.

“Kesejahteraan psikologi yang positif boleh mengurangkan risiko kesakitan serius. Kesihatan mental yang buruk boleh membawa kepada kesihatan fizikal yang buruk dan tingkah laku yang berbahaya. Let’s TALK Minda Sihat,” ujarnya.

Let’s TALK Minda Sihat adalah kempen yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menggalakkan rakyat mendapatkan sokongan dan bantuan bagi mencapai kesejahteraan mental, selain sokongan dari ahli keluarga dan rakan serta bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
5 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
10 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
5 jam lalu · Isu semasa
Kementerian ambil tindakan segera insiden pelanggaran data iPay88
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok