[KEMAS KINI] Jangan gembira kematian, kes baharu menurun hari ini

May 30, 2021 · Isu semasa

Kes baharu positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun mendadak, daripada 9,020 kes yang dilapor pada Sabtu, kepada 6,999 kes.

Sementara kematian yang dicatatkan hari ini juga turun kepada 78 kes berbanding 93 yang direkodkan pada Sabtu.

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat 12 tengah hari tadi bagaimanapun meningkat kepada 846 individu berbanding 844 semalam, sementara jumlah mereka yang memerlukan alat bantuan pernafasan turun kepada 419 berbanding 430 semalam.

Pada sidang media hari ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan 17 kluster baharu dilaporkan.

Ianya membabitkan Kluster Jalan Laksamana Tiga, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di Johor Bahru dengan 15 kes positif direkodkan; dan Kluster Jalan Sri Putri 11, Taman Putri, Kulai (11 kes).

Kluster Balakong Batu Dua Belas membabitkan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya, Selangor sebanyak 29 kes positif; dan Jalan Kasuarina, Bandar Botanik, Klang (51 kes).

Dua kluster baharu direkod di Pulau Pinang membabitkan Kluster Jalan Veterinari di Sungai Pinang, Georgetown yang mencatatkan 35 kes positif; dan Kluster Lorong Jelawat Dua di Kawasan Perindustrian Seberang Jaya (10 kes).

Di Sarawak, dua kluster baharu dicatatkan iaitu Kluster Gerigat di Kampung Gerigat, Kabong dengan 20 kes; dan Kluster Sungai Parik di Sri Aman (24 kes).

Dua kluster baharu juga dikesan di Kelantan membabitkan Kluster Kampung Tanjung Chenok, Kubang Gadong, Pasir Mas yang mencatatkan 13 kes; dan Kluster Taman Wahyu di Rantau Panjang (9 kes).

Di Terengganu, satu kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Sungai Ular di Kuala Berang yang membabitkan 20 kes positif Covid-19.

Sebanyak tiga kluster baharu turut dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Kluster Kolej Bunga Raya di Lembah Pantai yang mencatatkan 10 kes positif; Kluster Desa Melawati (16 kes); dan Kluster Perindustrian Batu Caves, Kepong (50 kes terdiri daripada pekerja sebuah kilang di Taman Perindustrian IKS).

Satu kluster baharu dikesan di Perak membabitkan Kluster Taman Industri Pelabuhan di Lumut membabitkan 13 kes Covid-19.

Perak, Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kes iaitu Kluster Taman Industri Pelabuhan di Lumut membabitkan 13 kes Covid-19; Kluster Kampung Pagi di Jerantut (10 kes); dan Kluster Industri Dioh di Kuala Pilah (131 kes membabitkan pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Dioh).

Penurunan sebanyak 2,021 menjadi suatu angka yang boleh dibanggakan, namun apakah punca penurunan itu susulan kesedaran orang ramai terhadap bahaya virus berkenaan dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), belum dapat dipastikan.

Jika penurunan itu menjadi trend untuk masa akan datang, ianya akan menjadi lebih baik apabila ‘total lockdown’ dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selama dua minggu mulai Selasa ini.

Bagaimanapun, penurunan kes positif sebanyak itu tidak boleh pula menyebabkan kita gembira dan mula sedikit-sedikit tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini semua negeri, kecuali Pahang dan Terengganu, mencatatkan penurunan kes.

Kes baharu Covid-19 di Terengganu hari ini ialah sebanyak 214 kes, naik 25 kes berbanding 189 individu yang positif pada Sabtu. Sejak 24 Mei lalu hingga hari ini, jumlah kes jangkitan baharu di negeri itu tidak menentu, kadang kala naik dan turun.

Pahang juga mencatatkan peningkatan sebanyak 23 kes apabila hari ini mencatatkan 239 jangkitan baharu berbanding 216 individu positif Covid-19 pada Sabtu.

Selangor turun 359 kes berbanding yang direkodkan pada Sabtu sebanyak 2,839 individu positif, menjadi 2,477 kes hari ini.

Sabah turun sebanyak 75 kes (190 kes); Johor (35:433); Kuala Lumpur (173:616); Sarawak (213:513); Pulau Pinang (97:248); Kelantan (295:612); Negeri Sembilan (430:468); Perak (60:212); Kedah (46:422); Melaka (138:202); Wilayah Persekutuan Labuan (120:133); Wilayah Persekutuan Putrajaya (16:13); dan Perlis mencatat penurunan sebanyak 12 kes menjadi tujuh kes hari ini.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
October 6, 2022
PLUS jangka lebuh raya sesak mulai Jumaat
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
12 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
13 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
14 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
14 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
15 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok