Jangan cari pasal jangkitkan diri dengan virus Covid-19

January 16, 2022 · Isu semasa

Orang ramai dinasihatkan tidak ‘sengaja’ menjangkitkan diri dengan Covid-19, kononnya untuk membina imuniti kelompok kepada wabak berkenaan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam dalam dunia yang menyatakan seseorang itu perlu dijangkiti varian Omicron Covid-19 untuk membina imuniti kelompok kepada wabak tersebut.

Malah, katanya pendekatan itu juga masih belum dibuktikan kesahihannya, lapor Bernama.

“Tidak kira varian apa. Omicron ke, Delta, Alpha dan Beta, jangan sengaja nak dapat Covid-19 sebab yang pertama kita tidak tahu kesan wabak itu.

“Yang kedua kita tidak tahu kesan ‘long’ Covid-19. Hari ini mungkin kita kata Omicron ini lebih ‘mild’ daripada Delta jadi kenapa tidak semua dijangkiti dengan Omicron supaya kita dapat imuniti kelompok dan sebagainya. Itu tidak terbukti lagi. Kita tahu Omicron ‘milder’ tetapi ia tidak bermakna yang anda perlu dijangkitinya,” katanya.

Beliau sebaliknya menasihati masyarakat untuk tidak ‘sengaja’ menjangkitkan diri dengan Covid-19 dan terus mendapatkan dos penggalak.

Khairy mengulas berhubung laporan berita pada Khamis yang menyatakan varian Omicron itu mampu membina imuniti kelompok dalam masyarakat disebabkan keadaan transmisinya yang tinggi.

Khairy berkata demikian selepas melancarkan program Inisiatif Mengakhiri AIDS Melalui Kerjasama Pintar Kerajaan-badan bukan kerajaan atau secara ringkasnya GO-NGO Model KK 2.0 Peringkat Kebangsaan, di Klang, hari ini.

Beliau berkata 99 peratus daripada mereka yang dijangkiti Omicron di negara ini adalah pada kategori satu dan dua.

Mengulas berhubung statistik jumlah jangkitan Covid-19 harian yang semakin meningkat, Khairy berkata masyarakat diminta supaya tidak menilai keadaan wabak berkenaan berdasarkan statistik itu sahaja.

Jelasnya ia juga perlu dilihat dengan jumlah pesakit positif Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU), yang disifatkannya masih terkawal.

Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) turut menjangkakan akan berlaku peningkatan kes harian pada bulan ini dan Februari depan, susulan pergerakan masyarakat sejak perayaan Krismas, cuti sekolah, sambutan Tahun Baharu, perayaan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina.

“Jadi jangkaan KKM dalam tempoh masa sebulan dua ini, kita akan melihat sedikit peningkatan tetapi selagi kemasukan ke hospital, ICU berada dalam paras terkawal dan kadar kematian masih lagi menurun, jadi kita masih lagi dalam keadaan terkawal,” katanya.

Beliau berkata keadaan di Selangor juga masih terkawal walaupun negeri itu setiap hari merekodkan jumlah kes tertinggi.

“Antara sebab (kes tinggi di Selangor) adalah kemasukan pintu antarabangsa terletak di negeri itu di mana (pengembara) berdaftar di negeri ini, walaupun bukan orang Selangor,” katanya.

Berita berkaitan
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023· Isu semasa
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
June 7, 2023· Politik
Khairy dakwa difahamkan pengampunan kepada Najib dilengah kerajaan campuran
June 5, 2023· Politik
UMNO akan ‘bungkus’ pada PRN: Khairy
June 5, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
15 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok