Jangan bimbang, saya sudah tempah 87 juta dos vaksin untuk rakyat: Muhyiddin

August 16, 2021 · Isu semasa

Rakyat tidak perlu bimbang dengan krisis kesihatan yang sedang melanda walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah terbubar kerana sebanyak 87 juta dos vaksin sudah ditempah untuk melindungi nyawa semua penduduk, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri dalam perutusan terakhirnya berkata kemelut politik yang melanda negara berpunca daripada blok pembangkang yang bersekongkol dengan kleptokrat tidak boleh dielakkan apabila kerajaan PN hilang majoriti, namun menggesa orang ramai tidak perlu bimbang kerana langkah persediaan awal sudah diambil.

“Jangan bimbang, kabinet saya telah menempah lebih 87 juta dos vaksin untuk penduduk negara ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak 4.36 bilion ringgit.

“Jumlah ini adalah lebih daripada mencukupi untuk saudara dan saudari sekalian,” katanya dalam ucapan yang disiar secara langsung hari ini.

Muhyiddin berkata tempoh dua bulan ke depan ini adalah penting kerana ketika itu negara dijangka mencapai imuniti kelompok dan berharap segala perancangan kerajaan akan dapat berjalan dengan lancar.

“Saya berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya pentadbiran negara ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa.

“Tempoh dua bulan ke hadapan ini adalah amat penting kerana kita dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober. Segala perancangan yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor-sektor ekonomi perlu dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga,” katanya lagi.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata rakyat umpama anak-anaknya sendiri dan menegaskan kebajikan rakyat adalah keutamaan kerajaan PN semasa era pentadbirannya.

“Saya senantiasa prihatin dengan nasib saudara dan saudari sekalian kerana saya anggap saudara dan saudari sebagai anak-anak saya sendiri.

“Kerana itu saya telah menekankan bahawa kebajikan saudara dan saudari menjadi keutamaan Kerajaan Perikatan Nasional, iaitu sebuah kerajaan yang Prihatin Rakyat,” katanya.

Beliau juga yakin negara akan dapat keluar daripada krisis kesihatan dalam masa terdekat, perkembangan positif hasil daripada inisiatif dan kerja keras para petugas barisan hadapan sudah menampakkan hasil.

“Saya optimis bahawa negara kita akan dapat keluar daripada krisis pandemik ini dalam masa terdekat.

“Saya teruja melihat perkembangan positif beberapa hospital di Lembah Kelang di mana jumlah kemasukan pesakit Covid-19 kategori empat dan lima semakin berkurangan. Mudah-mudahan, dengan program vaksinasi yang semakin meningkat, lebih banyak nyawa dapat diselamatkan dan saudara-saudari dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya.

Berita berkaitan
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
10 jam lalu· Isu semasa
Subsidi tarif elektrik ditanggung kerajaan RM6.51 bilion pada 2022
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
2 jam lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
4 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
4 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
4 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok