Jangan biar Najib terus berpura-pura baik jadi hero rakyat, kata Rafizi

March 31, 2022 · Isu semasa

Perbuatan berpura-pura baik oleh Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya dibiar berterusan, sebaliknya sikap hipokrasi itu perlu didedahkan kepada rakyat, kata bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Sebagaimana dijanjikannya sebelum ini bahawa beliau akan terus ‘menembak’ Najib, pemimpin PKR itu hari ini terus menyanggah pendapat bekas Perdana Menteri itu supaya kerajaan menyelamatkan Sapura Energy Berhad (Sapura).

Memetik rekod kewangan Sapura yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2009 hingga 2021, bekas Naib Presiden PKR itu berkata sejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat, Najib ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat.

Terbaru, dia mengusulkan supaya Kerajaan Persekutuan campur tangan dengan mengarahkan institusi milik rakyat seperti Petronas, Khazanah atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menyelamatkan Sapura yang berdepan masalah kewangan, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Apabila saya bersuara bahawa sebarang usaha untuk menyelesaikan kemelut kewangan Sapura tidak boleh melibatkan wang rakyat, seperti biasa Najib menimbulkan isu kerugian wang rakyat (melalui pegangan PNB di dalam Sapura), kehilangan kerja, kerugian vendor dan pinjaman bank kepada Sapura.

“Pada dasarnya, sebarang permasalahan kewangan mana-mana syarikat korporat tidak boleh melibatkan wang rakyat kerana ia bakal mewujudkan budaya urus tadbir yang lemah.

“Sekiranya syarikat-syarikat swasta ada talian hayat (dengan diselamatkan oleh wang rakyat) setiap kali mereka berdepan dengan masalah kewangan, tidak ada insentif dan pertanggungjawaban untuk syarikat-syarikat swasta menguruskan perniagaan mereka dengan cermat, bijak dan berdaya saing.

“Tambah pula, dalam hal ini, beberapa rekod kewangan Sapura sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi terutamanya berhubung bayaran kepada pengarah-pengarah eksekutifnya (yang juga mewakili beberapa pemegang saham terbesar Sapura),” katanya.

Rekod kewangan Sapura yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2009 hingga 2021 menunjukkan pecahan bayaran-bayaran berikut (dibundarkan kepada juta yang terdekat, jika berkenaan).

Semua ini, katanya, berlaku ketika Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib memikul amanah memberi hala tuju dan memastikan institusi dana rakyat seperti PNB dan KWAP mendapat nilai yang terbaik dari pelaburan mereka.

“Malangnya, 90 peratus (atau RM983 juta) dari bayaran RM1,096,717,000 (dalam bentuk gaji, upah, sewa dan yuran harta intelek) kepada pengarah eksekutif yang secara jelas tidak adil kepada PNB dan KWAP berlaku dalam tempoh Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan iaitu 2009 hingga 2018.

“Semasa dia ada kuasa dan pengaruh untuk memastikan ribuan kakitangan Sapura tidak terjejas periuk nasi mereka, untuk memastikan syarikat kecil yang menjadi vendor Sapura mendapat bayaran dan pelaburan rakyat mendapat pulangan yang sewajarnya, di mana suara Najib ketika itu?

“Pada masa yang sama, mulai esok saya juga akan membentangkan beberapa kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan Sapura keluar dari kemelut kewangan sekarang dan mengelakkan ribuan kakitangannya kehilangan kerja,” katanya.

Artikel penuh

Berita berkaitan
UMNO tuntut formula ekonomi Rafizi
May 31, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ringgit, BNM jalan terbaik bincang dasar monetari: Rafizi
May 30, 2023· Isu semasa
Ringgit jatuh, kerajaan tak cadang semak semula unjuran ekonomi: Rafizi
May 28, 2023· Isu semasa
Petronas sedia beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan
May 27, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok