Jangan alpa walaupun sehari, nasihat KP Kesihatan

June 8, 2021 · Isu semasa

Tahap penularan wabak Covid-19 yang dihadapi negara pada masa ini masih kekal pada situasi sangat serius, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, bahaya penularan Covid-19 dan kapasiti hospital, terutama unit rawatan rapi (ICU) bagi menampung kes baharu adalah pada tahap kritikal dan boleh meningkat sekiranya semua pihak alpa walaupun sehari.

“Kesinambungan daripada situasi yang dinyatakan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan semua pihak bahawa situasi penularan Covid-19 yang dihadapi negara masih kekal pada situasi sangat serius.

“Situasi ini tidak boleh diambil ringan, terutama sekiranya ada pihak yang menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini beliau turut memperincikan status terkini situasi jangkitan Covid-19 di Malaysia bagi tempoh dua minggu epidemiologi (ME) iaitu ME ke-21 bermula 23 Mei hingga 29 Mei lalu, dan ME ke-22 (30 Mei hingga 5 Jun 2021).

Dr Noor Hisham berkata statistik menunjukkan penurunan jumlah kes positif Covid-19 pada ME ke-22 iaitu sebanyak 1,379 kes atau 2.6 peratus, berbanding pada ME ke-21.

“Situasi ini adalah susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 oleh kerajaan bermula pada 12 Mei 2021,” katanya sambil menjelaskan bagi tempoh sama jumlah kes aktif didapati terus bertambah susulan peningkatan kes yang mendadak pada ME ke-20 dan ME ke-21.

Katanya, pada awal ME ke-21, jumlah kes aktif adalah sebanyak 57,022 kes, tetapi pada awal ME ke-22 ia meningkat kepada 78,017 kes – peningkatan sebanyak 20,995 kes atau 37 peratus.

Beliau berkata, walaupun terdapat penurunan 2.6 peratus kes mingguan, namun jumlah kes aktif masih terus meningkat dan hinggga hari ini 82,797 masih dirawat.

Mengenai kapasiti dan keupayaan fasiliti kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, sehingga Isnin lalu kadar penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua minggu, iaitu daripada 99 peratus kepada 89 peratus.

“Begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus.

“Bagaimanapun, kadar penggunaan katil Covid-19 di ICU telah meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei 2021 hingga 104 peratus pada 6 Jun 2021. Kadar penggunaan katil ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata hospital di seluruh negara sedang berhadapan dengan peningkatan kes Covid-19 bergejala serius iaitu bagi kategori 4 dan 5 yang memerlukan bantuan oksigen serta alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain penyakit.

“Pesakit ini memerlukan tempoh pemulihan yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan COVID-19. Statistik yang diterima oleh CPRC Kebangsaan menunjukkan purata tempoh rawatan bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan adalah selama 19 hari ke 26 hari,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan norma baharu dalam kehidupan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara.

Antaranya ialah dengan melakukan:

  • Kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu;
  • Amalkan norma baharu dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM;
  • Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
  • Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera;
  • Dapatkan maklumat berkenaan situasi terkini jangkitan Covid-19 daripada sumber yang diyakini kesahihannya; dan
  • Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin Covid-19 serta hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan tarikh temu janji yang diberikan.

Katanya, semua individu perlu berperanan menjadi ejen perubahan di dalam komuniti dan mengambil tanggungjawab bersama agar kesinambungan kehidupan normal dapat dikecapi semula dengan kadar segera.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok