Jana Wibawa : Wan Saiful mohon batal pertuduhan mahkamah

May 31, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan permohonan membatalkan dua pertuduhan rasuah berkaitan program Jana Wibawa yang dikenakan ke atasnya.

Peguam Wan Saiful memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin, lapor Malaysiakini.

Menurut salinan afidavit bagi menyokong permohonan itu, bekas ketua penerangan Besatu itu mendakwa dua pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 adalah cacat.

Katanya, pertuduhan tidak menyatakan secara spesifik masa dan tarikh kesalahan yang didakwa dilakukannya, sekali gus melanggar Seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau turut mendakwa pertuduhan itu tidak mengandungi butir-butir yang wajar bagi memberikan notis mencukupi buatnya mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya, sekali gus melanggar Seksyen 154 CPC.

Wan Saiful berhujah kecacatan tersebut menghalang keupayaannya untuk mengemukakan pembelaan yang berkesan dengan – antara lain – mengumpul bukti bagi membalas dakwaan dalam pertuduhan serta menentukan sama ada dia boleh bergantung kepada pembelaan alibi.

“Saya ingin menyatakan jika saya dikatakan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM semata-mata kerana membantu syarikat Neptunis Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kerajaan Malaysia (yang saya nafikan), maka semua pekerja lain seperti setiausaha, pegawai eksekutif, pengarah syarikat dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam perolehan projek juga boleh dikatakan melakukan kesalahan.

“Oleh itu, saya sesungguhnya menyatakan bahawa dakwaan yang terkandung dalam pertuduhan terhadap saya adalah tidak logik dan tidak masuk akal,” kata Wan Saiful.

Tegas Wan Saiful lagi, beliau tidak pernah pada bila-bila masa memegang sebarang jawatan dalam kerajaan bagi membolehkannya membuat atau mempengaruhi sebarang keputusan berhubung pemberian projek kerajaan kepada syarikat swasta.

Kes Wan Saiful ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
11 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
11 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
18 jam lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok