Jalan utama ke KLIA ditutup, pengguna diminta guna Lebuhraya Elite

December 19, 2021 · Isu semasa

Jalan-jalan utama menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditutup akibat banjir.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam ciapan Twitternya hari ini, mereka yang ingin ke KLIA dan klia2 boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan keluar di tol KLIA, lapor Bernama.

“Kepada penumpang dan kakitangan lapangan terbang, jalan-jalan Persekutuan utama ke KLIA dari Putrajaya/Cyberjaya/Dengkil/Banting dan Nilai ditutup berikutan banjir.

“Mereka yang datang dari kawasan lapangan terbang, anda boleh mengakses Lebuhraya Elite melalui Serenia City atau menggunakan Jalan Pekeliling berhampiran Litar Antarabangsa Sepang (SIC)/Kuarters Kakitangan KLIA,” menurut MAHB.

MAHB memberitahu operasi penerbangan dan perkhidmatan pengangkutan awam di KLIA beroperasi seperti biasa.

Semalam, lima laluan di daerah Sepang terpaksa ditutup sementara kepada semua kenderaan antaranya di Jalan Labu ke Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi dan Jalan Bukit Changgang ke Bandar Baru Salak Tinggi.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati laluan Jalan Labohan Dagang-Nilai dekat Kota Warisan masih ditutup setakat 1 tengah hari tadi akibat banjir.

Bencana itu melanda Lembah Klang sejak semalam menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan manakala ramai pemandu terkandas akibat jalan raya sesak dan ditutup kerana dilimpahi air banjir.

Banjir juga dilaporkan berlaku di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan terbaharu Perak turut dilanda bencana itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua kementerian berkaitan untuk menggerakkan aset ke kawasan dilanda banjir bagi memastikan penduduk dapat diselamatkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok