Jakim tidak berkompromi isu sijil halal, kata menteri agama

May 19, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tidak akan berkompromi dengan pensijilan halal dan akan bertindak sewajarnya, apabila menerima maklumat termasuk menggantung kilang atau loji pembuatan makanan untuk siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata tindakan itu perlu, memandangkan pensijilan halal Malaysia antara yang dihormati di seluruh dunia.

“Kerana itu kita serius dan tidak main-main mengenai halal. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa baru-baru ini Jakim menggantung sebuah dari 16 loji yang ada di bawah pemantauan Jakim untuk siasatan,” katanya dalam sidang media pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) mukim Trong dekat Bukit Gantang, hari ini.

Pada 14 Mei, Jakim menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia berkuat kuasa serta merta, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.

Ketua Pengarahnya Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pada masa sama Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA), selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab dan berdepan dibatalkan status badan pensijilan halal, sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Tindakan itu dibuat selepas seorang lelaki dikenali sebagai ‘the Hood Man’ atau Abdullah, membuat pendedahan bahawa loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Idris berkata pihaknya akan menghubungi orang yang membuat laporan tersebut untuk mendapatkan maklumat lengkap.

“Penyebar video itu menggunakan nama samaran Abdulllah. Dia ada nama lain, dia dari Somalia. Kita juga sedang menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengenai jemaah haji, Idris berkata Tabung Haji telah membuat panggilan kedua pada 10 Mei lalu, untuk jemaah yang layak ke Tanah Suci nanti.

“Bagaimanapun jumlah panggilan itu saya tidak pasti, kerana panggilan itu berdasarkan mereka yang menolak tawaran daripada panggilan pertama yang ditutup pada 9 Mei lalu,” katanya.

Menurutnya, penerbangan pertama yang dijangka pada 31 Mei ini kemungkinan akan ditunda antara 3 hingga 4 Jun depan, kerana kekurangan pesawat dan perkara ini akan dikemas kini kemudian.

Malaysia memperoleh kuota 14,306 orang untuk menunaikan haji tahun ini. – Bernama

Berita berkaitan
Arab Saudi belum beri keputusan rayuan Malaysia tambah kuota haji
May 23, 2022· Isu semasa
Bekas pegawai polis Malaysia menang kerusi Parlimen di Australia
May 22, 2022· Dunia
Warga Rusia dikenakan sekatan Australia dan Kanada
May 18, 2022· Dunia
Malaysia sudah mohon 5,000 tambahan kuota haji
May 16, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit susut berbanding dolar AS
16 minit lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
3 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter
4 jam lalu · Isu semasa
MB Johor beri keterangan kepada PAC berhubung isu tanah MINDEF
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
8 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok