JAKIM tak boleh beri kenyataan keputusan muzakarah MKI: Sultan Selangor

April 9, 2022 · Isu semasa

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Baginda yang juga Pengerusi MKI dalam kenyataan hari ini bertitah bahawa sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja.

Sultan Sharafuddin bertitah JAKIM hanya bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI, lapor Bernama.

“Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan timbalannya tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah.

“Untuk makluman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan timbalannya bukan ahli MKI mahupun ahli Jawatankuasa Muzakarah. Justeru mereka tidak boleh mencampuri apa-apa keputusan Jawatankuasa Muzakarah dan MKI,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah, hanya Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah yang boleh menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

“Setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja, pelaksanaan keputusan muzakarah diserahkan kepada pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa Agama Islam setiap negeri,” titah baginda.

Berhubung isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqgani, Sultan Sharafuddin bertitah keputusan muzakarah telah mendapat perkenan sembah maklum Majlis Raja-Raja pada 4 Januari 2021.

Butiran penuh kepada keputusan muzakarah ini boleh dirujuk menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah pada semalam (8 April).

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok