Jakarta tak campur urusan lantik Tajuddin sebagai duta ke Indonesia

May 20, 2022 · Isu semasa

Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar ke Indonesia adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Malaysia dan Jakarta tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalam negara jirannya.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia Teuku Faizasyah berkata Jakarta tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia berhubung pelantikan berkenaan.

“Kami sedar tentang pelbagai ulasan dalam media tempatan yang dikaitkan dengan dinamika politik domestik Malaysia. Kita tidak sepatutnya masuk ke dalam politik domestik Malaysia.

“Pelantikan duta adalah kuasa negara berkaitan melalui proses dalaman dan juga negara destinasi,” katanya memetik laporan Tempo.

Teuku Faizasyah menjelaskan, setiap calon duta besar secara umumnya akan diminta mendapat persetujuan daripada negara penerima.

“Di Indonesia, pelantikan duta perlu ada proses tambahan, iaitu perbincangan di Parlimen,” katanya.

Tajuddin menggantikan Datuk Zainal Abidin Bakar, yang berkhidmat sebagai Duta ke Indonesia sejak 2018. Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dijangka memulakan tugas itu tidak lama lagi.

Pelantikan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak, khususnya pembangkang mempertikaikannya kewibawaannya ketika menjadi pengerusi Prasarana.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mempertahankan pelantikan itu sambil berkata ia sesuatu yang wajar setelah mengambil kira kedudukan Tajuddin sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

“Kita lantik siapa pun akan ada kritikan dan pujian, itu biasalah. Lagi pun lantikan ini cadangan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dipersetujui Presiden Indonesia Joko Widodo.

“Satu lagi, Tajuddin adalah pengerusi BBC jadi sesuailah dia dilantik ke mana-mana jawatan,” katanya.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok