JAIS tangkap jurucakap Hizbut Tahrir

March 30, 2021 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap semula jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Abdul Hakim Othman, di pekarangan Mahkamah Syariah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, hari ini.

Dia ditangkap oleh sepasukan anggota penguatkuasa JAIS selepas selesai menghadiri perbicaraan kes penangkapannya dan tiga lagi anggota HTM di mahkamah itu. Ini adalah tangkapan kedua dilakukan terhadapnya, selepas kali pertama pada 4 Disember 2015.

HTM dalam kenyataannya berkata, Abdul Hakim ditahan kira-kira jam 2 petang selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, Mohd Afizul Hakim Ibakarim, mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Katanya, waran itu memberi kuasa kepada Ketua Penolong Pengarah JAIS untuk menangkap dan membawa Abdul Hakim ke pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 58 (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003.

“Tangkapan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Abdul Hakim menghantar memorandum bantahan ke Jabatan Mufti Johor pada 27 September tahun lalu, bagi membantah fatwa yang memfitnah HTM.

“HTM juga mempersoalkan sama ada Mahkamah Syariah di Johor boleh memberi kuasa kepada JAIS untuk menangkap seseorang di luar negeri itu, sedangkan bidang kuasa mereka hanya terhad di dalam negeri masing-masing,” kata kenyataan itu.

Pada 2015 lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mewartakan bahawa fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Berita berkaitan
Rumah ibadat, sekolah agama banyak rosak akibat banjir di Selangor
December 21, 2021· Isu semasa
JAIS beri amaran kepada masjid, surau
May 17, 2021· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit rendah berbanding dolar AS
55 minit lalu · Isu semasa
Aktiviti pengambilan untung punca Bursa Malaysia dibuka rendah
60 minit lalu · Isu semasa
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
1 jam lalu · Isu semasa
Aktifkan 2FA elak media sosial peribadi digodam, diambil alih
1 jam lalu · Isu semasa
Jangkitan baharu Covid-19 semalam kekal lebih 4,000, 10 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok