JAIS sahkan Azhar Idrus tidak dibenar mengajar agama, tiada tauliah

February 24, 2023 · Isu semasa

Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di Selangor, kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

JAIS mengesahkan larangan dikenakan terhadap Azhar susulan pembatalan kuliah maghrib UAI yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata semakan sudah dibuat berhubung status tauliah Azhar dan mendapati beliau tidak memiliki taulah untuk mengajar di negeri tersebut.

“Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) / JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Selangor.

“Semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

“Pihak masjid/surau juga tidak boleh menjemput individu tiada tauliah mengajar yang diberi bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 Pindaan 2016,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu hantaran dalam Facebook rasmi Azhar memaklumkan, Kuliah Maghrib Perdana UAI yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, terpaksa dibatalkan atas kuasa JAIS.

“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda. Oleh itu, kuliah maghrib pada 26 Februari 2023 ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mohon sebaran seluasnya,” katanya.

Berita berkaitan
Khutbah Jumaat Selangor: Kesucian kalimah Allah yang maha Agung
May 26, 2023· Rencana
Khutbah Jumaat Selangor: Kalimah Allah hanya untuk penganut Islam, bukan untuk agama lain
May 26, 2023· Isu semasa
Puluhan ribu hadir Rumah Terbuka PN tanda sokongan rakyat Selangor : Muhyiddin
May 22, 2023· Politik
Rakyat kena ‘ajar’ kerajaan gagal tunaikan janji dalam PRN nanti: Muhyiddin
May 22, 2023· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
15 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok