JAIS beri amaran kepada masjid, surau

May 17, 2021 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap pihak masjid dan surau yang melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang.

Amaran itu dikeluarkan setelah JAIS mendapati ada beberapa masjid dan surau di Selangor yang didapati melanggar SOP sejak PKP dilaksanakan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata buat masa ini JAIS mengambil sikap dengan memberi nasihat dan teguran secara baik.

Bagaimanapun, tindakan yang tegas akan dilakukan sekiranya pelanggaran SOP masih berlaku pada siri pemantauan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dilakkukan termasuk bilangan jemaah yang melebihi had dibenarkan, individu tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal sepanjang berada di masjid dan surau.

Pada masa sama beliau mengingatkan umat Islam di Selangor, supaya tidak membuat perbandingan terhadap langkah diambil JAIS dengan negeri-negeri lain kerana situasi dan latar belakang penularan adalah berbeza bagi setiap negeri.

“JAIS berharap umat Islam dapat menghadapi situasi semasa dengan bermuhasabah dan merenung kembali peranan masing-masing sebagai jemaah masjid dan surau,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
16 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok