Jaga pengusaha makanan, pertanian setelah mansuh AP: Muhyiddin

May 21, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) meminta kerajaan menjaga kepentingan pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sewajarnya walaupun itu sudah diputuskan, untuk tempoh awal ini mesti ada cara bagi kerajaan memberikan perhatian membantu pengusaha tempatan supaya tidak terjejas dengan perubahan dasar, lapor Bernama.

“Saya menyokong pemansuhan AP terhadap makanan ini namun dalam keadaan ia memberikan keuntungan kepada pengguna, kita tidak mahu para pengusaha pula yang akan rugi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Gerakan Pulau Pinang, hari ini.

Antara yang hadir ialah Presiden GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Pulau Pinang, Zulkefli Bakar dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff.

Pada majlis itu Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, turut merasmikan pejabat Bersatu Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tujuan asal AP adalah untuk melindungi pengeluar tempatan iaitu pengimport dibenarkan dengan kuota tertentu supaya tidak beri kesan negatif kepada pengusaha tempatan.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan beliau bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjelaskan walaupun Approved Permit (AP) tidak diperlukan namun, Import Permit (IP) masih diperlukan bagi tujuan membawa masuk produk agromakanan tertentu.

“Bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa. Keputusan pemansuhan AP ini adalah sebagaimana diputuskan Jemaah Menteri,” kata MAFI.

Menurutnya walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan dari luar negara, pengimport masih perlu mempunyai IP bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
AP kereta perlu kekal untuk sokong industri tempatan: Tengku Zafrul
October 19, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok