Jadi ‘Superman’ lepas berbuka puasa

April 18, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang berasal dari Kemaman, Terengganu, setelah melakukan aksi meniarap ala Superman ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Dungun, semalam.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu perbuatan lelaki terbabit dikesan sepasukan anggota polis yang melakukan risikan dan pemantauan samseng jalanan di sekitar kawasan berkenaan.

“Lelaki itu menunggang motosikal dari Ajil ingin pulang ke Kemaman bersama rakan-rakannya selepas habis berbuka puasa dekat kedai kari kepala ikan di Daerah Hulu Terengganu.

“Semasa melalui Lebuhraya LPT2, lelaki itu terus melakukan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.

“Dia melakukan aksi meniarap dan kepala selari dengan meter motosikal ala Superman ketika menunggang di LPT2 di Dungun,” kata JSPT Terengganu dalam kenyataan semalam.

Sepasukan anggota polis dari JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (Skuad 42) yang sedang membuat risikan dan pemantauan samseng jalanan di sekitar kawasan berkenaan telah melihat dan terus mengekori lelaki itu.

Dia berjaya ditangkap sebaik sahaja memberhentikan motosikalnya di kawasan stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat Paka, Dungun.

Lelaki itu bersama-sama dengan motosikal yang digunakannya untuk melakukan aksi Superman dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Menurut JSPT Terengganu, operasi seperti itu sentiasa diberi perhatian dan akan dijalankan secara berterusan, bertujuan mencegah gejala tidak sihat dalam kalangan belia, selain menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan menjaga ketenteraman awam.

“JSPT Terengganu juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap kegiatan samseng jalanan,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok