Jabatan Penyiaran pula mohon maaf isu siar azan awal di Tawau

April 4, 2022 · Isu semasa

Jabatan Penyiaran Malaysia negeri Sabah hari ini memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan stesen radio kendaliannya Tawau.FM menyiarkan azan maghrib lebih awal daripada waktu yang dijadualkan semalam.

Pengarahnya Zulkefli Mohd berkata jabatan itu menyedari kepentingan siaran azan khususnya pada waktu maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk umat Islam berbuka puasa, bagaimanapun penyiaran azan maghrib empat minit lebih awal semalam adalah tidak disengajakan.

“Jabatan Penyiaran Malaysia negeri Sabah memandang serius perkara ini dan akan memastikan waktu siaran azan diberi perhatian dan keutamaan kerana melibatkan kepentingan umat Islam khasnya,” menurut beliau dalam kenyataan malam ini seperti dilapor Bernama.

Semalam, pada hari pertama umat Islam berpuasa, seorang penyampai stesen radio tempatan di Tawau telah tersilap menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di daerah itu dan kejadian tersebut tular di media sosial sehingga netizen mendakwa ada penduduk tersalah berbuka puasa.

Penyampai itu Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya meminta maaf dan mengakui kesilapannya serta menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan maghrib iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.

Hari ini, Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar dilapor berkata individu yang tersalah berbuka puasa kerana mengikut azan maghrib di radio yang disiarkan lebih awal daripada waktunya, puasa mereka dikira terbatal dan wajib diganti selepas bulan Ramadan berakhir mengikut hukum syarak.

Berita berkaitan
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Cabaran Mac- buka sekolah, puasa serentak
February 9, 2023· Isu semasa
Bella Hadid akui semakin lalai berpuasa
April 20, 2022· Dunia
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok