Jabatan Penjara tolak dakwaan Najib tinggal di rumah pegawai

September 7, 2022 · Isu semasa

Jabatan Penjara Malaysia menolak dakwaan yang sedang tular di media sosial, kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak ditempatkan di dalam sel penjara, sebalik ditempatkan dalam sebuah rumah pegawai kanan dalam Penjara Kajang.

Jabatan itu dalam kenyataan di Facebook, hari ini menafikan perkara itu dan menyatakan bahawa dakwaan yang tersebar itu sebagai palsu dan tidak sahih.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” kata jabatan itu.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar dipercayai satu perbualan di WhatsApp mendakwa Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara di Penjara Kajang.

Menurut tangkap layar itu yang turut tular di Facebook, Najib didakwa ditempatkan di sebuah rumah pegawai senior Penjara Kajang yang terletak dalam kawasan penjara terbabit.

“Najib tidak berada di dalam sel. Seorang sahabat yang sepupunya adalah seorang pegawai senior penjara di Kajang, maklumkan Najib diberikan sebuah rumah di dalam kawasan penjara.

“Rumah berkenaan adalah untuk pegawai senior penjara,” tulis di mesej berkenaan.

Sebelum ini, timbul dakwaan nama Najib tidak dimasukkan dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia dan hal itu juga ditularkan di media sosial.

Najib dihukum penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Berita berkaitan
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022· Isu semasa
Zaman ‘merpati’ jadi PM, Anwar dakwa hanya tidur atas lantai di penjara
September 23, 2022· Politik
Layanan istimewa kepada Najib, Kadir cadang PM tukar slogan ‘Keluarga Merpati’
September 22, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept
September 13, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok