Jabatan Mufti Perak arah alih replika capal dalam mihrab

April 7, 2021 · Isu semasa

Jabatan Mufti Negeri Perak sudah mengarahkan replika papan kayu berbentuk capal (selipar) yang diletakkan di bahagian mihrab sebuah surau dan tular di media sosial, dialihkan ke ruang lain yang lebih bersesuaian.

“Ini bersesuaian dengan konsep sad al’zariah dengan maksud menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara yang diharamkan.

“Dalam masa yang sama, netizen dan orang ramai dinasihatkan agar menjauhi perbuatan melabel sesuatu pihak dengan label yang melampau seperti kafir, fasiq dan sebagainya tanpa melakukan proses tabayyun terlebih dahulu,” kata bahagian fatwa jabatan itu dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan itu menyebut siasatan awal mendapati replika itu diletakkan di bahagian mihrab kira-kira setahun yang lalu dan perbuatan itu diakui pihak pengurusan madrasah atau surau berkenaan sebagai hanya sekadar untuk hiasan.

Katanya, pihak surau atau madrasah berkenaan perlu peka dengan persekitaran semasa dan telahan masyarakat awam dengan menutup pintu-pintu fitnah serta menolak perkara yang boleh membawa kepada unsur pemujaan.

Menurut kenyataan itu, isu capal berkenaan mempunyai kaitan dengan tabarruk iaitu mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW.

“Hukum tabarruk dengan kesan-kesan Nabi memang dibolehkan dalam Islam berdasarkan hadis-hadis yang sahih, tetapi ia adalah kesan langsung dari peninggalan Nabi seperti capal, bekas minuman, rambut Nabi dan sebagainya, adapun replika ia bukan lagi disebut ‘athar al-nabiy’.

“Kecintaan kepada Nabi dan insan yang soleh di sisi Allah boleh dizahirkan dengan pelbagai cara dan pendekatan yang sewajarnya dan hendaklah menjauhi dari membuka ruang kepada perkara yang boleh membawa kepada bid’ah, tahyul, khurafat dan sebagainya yang jauh dari ajaran syarak,” katanya.

Berita berkaitan
Cakap tentang ‘The 1975’ dalam masjid lagi berat : Hamzah
August 1, 2023· Politik
Terpaksa tinggal bayi depan surau sebab tak mampu
May 3, 2023· Isu semasa
Selangor masih wajib pakai pelitup muka ketika di masjid, surau
September 9, 2022· Isu semasa
JHEAINS akan tutup masjid, surau tak patuh arahan SOP baharu Covid esok
June 12, 2022· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok