Jabatan Kesihatan Selangor siasat dakwaan jururawat meninggal lepas divaksin

October 23, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang ketua jururawat meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sebelum kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lapor Berita Harian.

“Saya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu, terutama dakwaan dipaksa menerima vaksin. Ini kerana kebiasaannya, bagi kes-kes pesakit yang berisiko tinggi, mereka hanya akan diberikan suntikan di fasiliti kesihatan, tidak dibenarkan disuntik di fasiliti luar.

“Saya akan semak dan akan beri laporan terperinci sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kementerian” katanya.

Terdahulu, tular di media sosal seorang wanita mendakwa kakaknya yang juga ketua jururawat sebuah klinik kerajaan di Selangor meninggal dunia selepas didakwa dipaksa menerima vaksinasi.

Menerusi video yang tular itu, wanita berkenaan mendakwa kakaknya yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap dua dan diabetes, meninggal dunia selepas mengambil vaksin Pfizer pada 23 Julai lalu kerana perlu memulakan tugas.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok