Jabatan agama Kedah pantau 71 ‘port’ kaki tak puasa

April 11, 2021 · Isu semasa

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mempergiatkan pemantauan di 71 restoran dan kedai makan di negeri ini yang dikenal pasti sering dikunjungi kaki ‘ponteng puasa’ pada bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata, sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan melakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga yang terlibat.

“Kebiasaannya, orang yang menjalankan perniagaan semasa bulan puasa ini adalah orang yang sama setiap tahun dan mungkin sudah menjadi tabiat mereka setiap kali menjelang Ramadan (menjual makanan dan minuman kepada individu yang tidak berpuasa).

“Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, pegawai dan anggota penguat kuasa JHEAIK akan memantau kegiatan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi golongan tidak berpuasa dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata pemantauan turut dibuat ke atas premis makanan milik orang bukan Islam kerana ada peniaga Islam yang dikesan meletakkan makanan dan minuman untuk dijual kepada mereka yang tidak berpuasa di situ bagi mengaburi pihak penguat kuasa.

Najmi berkata bagi peniaga makanan yang beroperasi pada waktu tidak munasabah sepanjang Ramadan ini, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan ditetapkan.

“Waktu munasabah untuk menjual makanan pada bulan puasa adalah bermula 3 atau 4 petang dan kalau ada kedai yang menjual nasi campur pukul 10 pagi, itu memang tidak logik sama sekali,” katanya.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok