Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan

March 20, 2023 · Isu semasa

Selepas kontroversi program Ziarah Gereja sebelum ini, Hannah Yeoh akan dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan susulan laporan yang dibuat beberapa individu terhadapnya baru-baru ini.

Program Ziarah Gereja dianjur sebuah pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini mendapat perhatian banyak pihak, ia bagaimanapun dibatalkan pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.

“Kita juga akan merakam keterangan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin), hari ini bagi membantu siasatan.

“Kita sudah merakam keterangan tiga individu, yang terdiri daripada pengadu dan dua wakil NGO bagi membantu siasatan,” katanya menurut laporan BH.

Eng Lai berkata, setakat ini, pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan isu berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, mengesahkan pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’.

Beliau berkata, walaupun program itu sudah dibatalkan, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung program berkenaan.

Untuk rekod, program itu adalah satu inisiatif bawah ‘Projek Artikel 11’ diterajui Impact Malaysia, iaitu NGO yang bernaung di bawah KBS.

Inisiatif program itu dikatakan bertujuan membuka minda belia Malaysia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang.

Program yang dijadualkan berlangsung di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, bagaimanapun dibatalkan oleh pihak penganjur.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu· Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok