Isu YB DAP Pulau Pinang lembu, ADUN Air Itam mohon maaf

May 11, 2021 · Isu semasa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang hari ini tampil memohon maaf selepas binaan replika lembu memakai songkok dan kain samping di Bulatan Jalan Air Itam, Pulau Pinang menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Berkaitan kontroversi yang tular di media sosial berhubung hiasan di Bulatan Jalan Air Itam semalam, pihak kami ingin memohon maaf atas kekhilafan yang dicetuskan.

“Sebagai tindakan lanjut, pihak kami telah menurunkan hiasan tersebut dengan kadar segera semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Agenda Daily awal pagi tadi melaporkan seorang warga prihatin membuat aduan selepas melihat sendiri binaan lembu dipakaikan songkok, berkain samping dan ada replika ketupat di lehernya, kononnya bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut Joseph, umumnya setiap kali musim perayaan, pihaknya akan meletakkan perhiasan mengikut tema perayaan di lokasi berkenaan.

“Namun, kelalaian yang dibuat tanpa sebarang niat buruk berhubung hiasan sempena sambutan Syawal telah menyentuh sensitiviti rakan-rakan Muslim di sini.

“Dengan ini, sekali lagi saya ingin memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian yang berlaku,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok