Isu ugut rogol pelajar: Laporan mengelirukan jejas kredibiliti polis

April 27, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia sentiasa memberi komitmen dan memandang serius untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap setiap laporan yang dibuat oleh orang ramai.

Sehubungan itu, media diminta lebih bertanggungjawab dalam melaporkan sebarang kes supaya tidak menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat, kata kenyataan Unit Komunikasi Korporat Bukit Aman, hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan berita disiarkan portal Malaysiakini dan China Press berkaitan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bertarikh 26 April 2021.

Kedua-dua laporan itu memetik Acryl Sani mendakwa ugutan rogol diterima pelajar wanita terbabit sebagai kemungkinan satu gurauan daripada rakan sekelas.

‘Mungkin gurauan’ dalam kenyataan balas daripada soalan wartawan adalah aspek yang sedang disiasat dan tidak bermaksud isu berkenaan ‘hanya sekadar gurauan’ sepertimana digambarkan oleh kedua-dua portal berkenaan, kata kenyataan itu.

PDRM berkata, tajuk laporan kedua-dua portal berkenaan amat mengelirukan kerana tidak memberi gambaran sebenar yang dibuat ketika sidang media.

“Tajuk laporan yang hanya merujuk kepada sebahagian respon dan menggambarkan sebagai intipati kenyataan, merupakan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat, mencemarkan kredibiliti siasatan polis serta mewujudkan spekulatif negatif terhadap mangsa,” katanya.

Berita berkaitan
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok