Isu tutup kilang, pakar undang-undang beri penjelasan kuasa PBT

July 21, 2021 · Isu semasa

Baru-baru ini terdapat persoalan sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19?

Isu ini seharusnya sudah jelas. Ini kerana pada 29 Jun lepas, kerajaan pusat telah menurunkan kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat dan kilang yang tidak mematuhi SOP dengan mereka boleh dikompaun mengikut Akta 342.

Oleh itu, PBT di seluruh negara boleh menguatkuasakannya, jadi tidak ada isu PBT tidak boleh tutup kilang kerana mereka boleh menggunakan Akta 342 dan disokong Akta 171, bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menutup dan mengambil tindakan mahkamah.

Kenyataan ini sudah pun diperjelaskan sendiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin. Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan tindakan Kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari kerana tidak mengambil tindakan ke atas kilang-kilang yang masih beroperasi di negeri itu.

Beliau berkata, sedangkan tindakan boleh diambil di bawah PBT yang mana lesen operasi kilang boleh ditarik balik jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga berlaku peningkatan kes Covid-19.

Kenyataan ini turut disokong oleh Profesor kehormat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Datuk Dr. Madeline Berma yang berpendapat,  PBT mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati melanggar SOP bagi membendung penularan COVID-19.

“PBT boleh menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bersama Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Langkah ini perlu diambil walaupun terdapat kesan ekonomi termasuk pekerja berhenti bekerja, operasi pengeluaran berhenti, menjejas pendapatan pekerja dan keluarga, pengurangan perbelanjaan keluarga, menjejas keuntungan syarikat, mengurangkan cukai yang dibayar kepada Kerajaan, menjejaskan ekonomi setempat dan rantaian ekonomi –  input huluan (upstream) dan output hiliran (downstream),” katanya.

Pun begitu, Dr Madeline melihat program vaksin menyeluruh akan memberi kesan positif kepada ekonomi untuk masa akan datang.

Katanya, ia merupakan jalan keluar terbaik untuk ekonomi pulih adalah negara mencapai immuniti kelompok secepat mungkin.

“Oleh itu, vaksinasi perlu dipercepatkan. Kemudian syaratkan vaksinisasi pekerja kilang dan perniagaan sebagai syarat pembukaan perniagaan dan kilang. Tidak ketinggalan, beri insentif untuk rakyat dan perniagaan mengambil vaksin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Peguam Adzly Ab Manas berkata, peruntukan undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk memberi kuasa kepada PBT.

Bagaimanapun, jelas beliau, ia bergantung kepada kesungguhan politik sesebuah kerajaan negeri itu untuk melaksanakannya.

“Dalam kata lain, perkara ini tak perlu diserahkan kepada kerajaan Persekutuan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) semata-mata kerana kerajaan Selangor, mempunyai kuasa.

“Tindakan mereka (kerajaan Selangor) melakukan saringan COVID-19 percuma secara besar-besaran kepada masyarakat, adakah ini satu langkah yang baik untuk bantu kerajaan Persekutuan tangani perkara ini?

“Jikalau mereka mempunyai kesungguhan politik dalam melakukan perkara ini, maka Akta Kerajaan Tempatan memberi ruang kepada mereka melakukan atau melaksanakan bantuan untuk memastikan wabak di Selangor ini menurun,” ujarnya.

 

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok