Isu Sulu: Sabah tetap dalam Malaysia

March 14, 2022 · Isu semasa

‘Final award’ berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu yang dikeluarkan dalam prosiding timbang tara di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis tidak akan menjejaskan kedudukan Sabah sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata Malaysia telah banyak kali menegaskan tidak mengiktraf dan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah, yang telah diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai antara yang menubuhkan Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963, lapor Bernama.

“Ingin ditegaskan kerajaan Malaysia tidak berdiam diri, sebaliknya telah mengambil beberapa langkah perlu untuk menghentikan prosiding tuntutan itu,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang) berkata kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu itu.

Ini memandangkan lantikan penimbang tara yang dilantik, Dr Gonzalo Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

Berhubung isu Pulau Pisang di Johor, beliau menjelaskan kedaulatan pulau itu tidak dipertikaikan Singapura, dan ia adalah hak milik Malaysia, malah Singapura juga mengiktiraf hak kedaulatan itu berdasarkan perjanjian dimeterai antara Almarhum Sultan Ibrahim dan Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir James Alexander Sweethenham pada 6 Okt 1900.

“Hanya pengurusan rumah api di sana berada di bawah pengurusan dan pentadbiran Maritime and Port Authority of Singapore,” katanya.

Saifuddin berkata Malaysia mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap Pulau Pisang dan pekerja di rumah api itu perlu mendapat kebenaran negara serta perlu melalui laluan imigresen Malaysia di Kukup, Johor untuk keluar dan masuk ke kawasan rumah api itu.

Berkaitan keselamatan pejabat dan kakitangan kedutaan yang berada di luar negara, beliau berkata kerajaan sama sekali tidak berkompromi terhadap keselamatan mereka misalnya dengan melakukan proses evakuasi jika perlu.

“Pada waktu sama dari semasa ke semasa kita juga menaik taraf sistem keselamatan pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negera contohnya seperti kamera litar tertutup, kad akses dan pendaftaran pelawat,” katanya.

Menyentuh konflik Rusia-Ukraine, Saifuddin berkata Malaysia telah menyatakan pendirian di pelbagai peringkat untuk sentiasa berkecuali, namun sentiasa menghormati hak kemerdekaan sesebuah negara dan integriti sempadan.

Berita berkaitan
Zambry kata lawatan sulung ke Perancis satu kejayaan, kukuhkan hubungan
June 3, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok