Isu sotong ring didakwa usus babi masih disiasat, kata Menteri Agama

March 11, 2022 · Isu semasa

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan oleh mana-mana pihak terhadap peraturan ditetapkan berkaitan isu sotong ring atau gegelang sotong yang didakwa sebagai dubur atau usus babi yang dijual di pasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad hari ini berkata ia bagi menjaga kemaslahatan masyarakat, lapor Bernama.

“Hasil siasatan berhubung isu itu akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa berkaitan setelah keputusan analisis makmal dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia. Sampel makanan tersebut telah dihantar kepada jabatan itu (Jabatan Kimia Malaysia) untuk tujuan analisis dan pengesahan.

“​Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri berkaitan telah mengambil tindakan awal sebaik isu tersebut ditularkan dengan turun padang menjalankan siasatan serta mengambil sampel untuk dianalisis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pada masa sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menghubungi badan pensijilan halal di China iaitu Shandong Halal Certification Services bagi mendapatkan pengesahan berhubung sijil halal produk berkenaan.

Terdahulu, tular menerusi media sosial mengenai dakwaan sotong ring yang dijual di pasaran diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong, selain ada pengguna media sosial yang meragui cap halal yang dicetak di label pembungkusan.

Idris berkata pihaknya turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak KPDNHEP bersama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis yang tangkas menyiasat serta meneliti segenap aspek isu tersebut.

Beliau juga berterima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia kerana telah memberikan keutamaan kepada sampel itu untuk dianalisis.

Berita berkaitan
Ketua Menteri Pulau Pinang sahkan tiga lagi ladang babi dikesan penyakit ASF
February 3, 2023· Isu semasa
Demam Babi Afrika tak jangkiti manusia, kata Veterinar
January 30, 2023· Isu semasa
23 ladang babi di Pulau Pinang sudah dijangkiti ASF, kata Ketua Menteri
January 28, 2023· Isu semasa
1,500 ekor babi dihapuskan bagi bendung penularan ASF di Pulau Pinang
January 10, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok