Isu sijil MySejahtera, rakyat Malaysia terkandas dibenar masuk Filipina

February 14, 2022 · Isu semasa

Kesemua tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino akibat kelayakan vaksin COVID-19 digital mereka tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina sudah dibenarkan memasuki republik itu.

“Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembassymanila,” ciap Kementerian Luar (Wisma Putra), menurut laporan Bernama.

Terdahulu, laporan menyatakan 13 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang berkenaan, bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan jumlah sebenar ialah tujuh orang dan bukan seperti dilaporkan.

Mereka tidak dibenarkan masuk ke republik itu dan dimaklumkan bahawa sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukanlah bukti vaksinasi yang boleh diterima.

Pengembara berkenaan memaklumkan kepada media Malaysia bahawa pasport mereka turut dirampas dan akan dihantar pulang pada Selasa, selain terpaksa menunggu di lapangan terbang kerana tiada kemudahan hotel disediakan.

Laporan itu juga menyatakan Duta Malaysia ke Filipina telah bertemu pengembara berkenaan di lapangan terbang dan mengemukakan rayuan timbal balik vaksinasi, namun belum menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Gempa bumi Taiwan, amaran tsunami tidak libatkan Malaysia
September 18, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
38 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
54 minit lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
1 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
1 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok