Isu selenggara kuarters dan bas awam di Putrajaya perlu penambahbaikan: Radzi

October 29, 2022 · Isu semasa

Walaupun menjadi pusat pentadbiran kerajaan, namun calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Radzi Jidin menerima banyak rungutan daripada penduduk berhubung isu penyelenggaran kuarters dan juga bas awam yang agak kekurangan.

Menteri Pendidikan kerajaan sementara itu berkata sudah menetap Putrajaya sejak 2018 dan masyarakat setempat sudah mengenalinya, malah seringkali orang ramai ditemuinya membangkitkan berhubung beberapa aspek yang perlu ditambahbaik bagi memberi kemudahan kepada orang ramai.

“Saya tinggal di sini sejak 2018 dan rumah pertama saya adalah di Pangsapuri Larai sebelum berpindah ke Presint 10, ketika itu saya banyak bergaul dengan komuniti setempat khususnya jawatankuasa masjid dan surau, masyarakat, kepimpinan masyarakat, persatuan penduduk dan persatuan sukan.

“Insya-Allah, jaringan yang ada dengan kakitangan awam semasa di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pendidikan memberi ruang yang sebaiknya untuk saya menyantuni pengundi di sini.

“Banyak perkara yang disampaikan kepada saya, walaupun Putrajaya ini sebuah bandar pentadbiran serta bandar terancang, banyak perkara perlu ditambahbaik, antaranya penyelenggaraan kuarters yang tidak diberi perhatian dalam tempoh yang lama dan tiada pengangkutan awam seperti bas untuk menghantar pelajar ke sekolah,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Radzi memberi contoh berhubung isu bas sekolah yang dibangkitkan oleh orang ramai kepadanya.

“Kalau dulu pelajar ini pergi sekolah dengan bas, tetapi kini ibu bapa terpaksa menghantar ke sekolah berikutan ketiadaan bas di Putrajaya.

“Selain itu ruang parkir juga menjadi isu di bandar ini,” katanya lagi.

Radzi terdahulu melancarkan Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16 (1), di Putrajaya pagi tadi.

Rabu lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, mengumumkan Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu sebagai calon gabungan itu di Parlimen Putrajaya sekali gus menutup pelbagai khabar angin berkaitan kerusi berkenaan.

Untuk rekod, kerusi P125 Putrajaya itu disandang oleh Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memegang kerusi berkenaan selama empat penggal. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tengku Adnan menang dengan majoriti 3,372 undi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
2 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
14 jam lalu· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
14 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
16 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok