Isu royalti minyak, PAS akan bincang dengan MOF berhubung tuntutan

November 28, 2021 · Isu semasa

PAS tidak akan mengalah berhubung isu royalti petroleum kepada Kelantan dan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu tersebut, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata, penjelasan perlu diberikan kepada MOF bagi memberi pemahaman berhubung isu tersebut memandangkan terdapat perbezaan fakta berkaitan isu tersebut antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Saya mencadangkan mungkin satu jawatankuasa yang dipersetujui kedua-dua pihak ditubuhkan untuk mengesahkan beberapa perkara berkaitan royalti minyak Kelantan.

“Terutamanya berkenaan jarak batu nautika kedudukan medan pengeluaran petroleum dan kedua, jumlah pengeluaran petroleum,” katanya dipetik laporan media.

Tuan Ibrahim terdahulu mengadakan lawatan kerjadi Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata perjanjian petroleum antara Kelantan dan kerajaan Persekutuan pada 1975 sebelum ini tidak menyatakan soal jarak medan pengeluaran minyak itu.

“Jawatankuasa itu juga boleh melihat semula status royalti minyak seperti yang dinyatakan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika di Dewan Rakyat.

“Insya-ALLAH ada jalan penyelesaian dalam isu ini dan lebih mudah kerana kita bersama dengan kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.

Isu royalti petroleum kepada Kelantan sering menjadi perdebatan dan diperjuangkan kerajaan Kelantan sejak sekian lama termasuk mengambil tindakan saman terhadap kerajaan Persekutuan.

Kelantan bagaimanapun pada Oktober 2018 menarik balik saman tersebut susulan komitmen kerajaan pusat ketika itu bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad yang mahu membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu seperti dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara.

Sebelum ini dilaporkan Tengku Zafrul berkata Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Jangkitan baharu Covid-19 melonjak melepasi 6,000 kes
November 10, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Jangkitan di lapan negeri naik, 11 kes positif Covid-19 di PPS
December 27, 2021
Kenapa tiada tindakan terhadap Ramasamy seperti pemain hoki wanita kena?
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok