Isu politik, rasuah menakutkan pelabur asing, kata pakar

August 24, 2022 · Isu semasa

Kemerosotan saham bursa Malaysia selama empat hari berturut-turut memberi indikasi pelabur asing tidak yakin untuk membuat pelaburan di negara ini.

Pakar kewangan dan saham, Dr Wan Nazri Wan Daud berkata ketidaktentuan politik menjadi salah satu punca pelabur tidak mahu mengambil risiko untuk melabur.

“Sedikit sebanyak, ketidaktentuan politik boleh ‘menggentari’ pelabur asing, seperti desakan pilihanraya oleh UMNO yang akan mengakibatkan pembubaran parlimen.

“Ditambah lagi dengan kehadiran perikatan parti-parti politik lain, perkara ini akan membuatkan pelabur luar mempersoalkan situasi pasaran selepas pilihan raya dan akan menjejaskan sentimen pasaran,” katanya ketika dihubungi SatuBerita hari ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berpendapat kerajaan harus menjaga imej Malaysia dari terpalit dengan isu rasuah dan korupsi.

“Untuk Malaysia, persepsi ‘berlegar’ di peringkat antarabangsa adalah rasuah, dalam indeks rasuah Malaysia berada pada tahap tinggi dan memberi gambaran negatif kepada kita.

“Bila pelabur datang melabur, mereka inginkan negara yang mempunyai polisi jelas jadi mereka mempunyai keyakinan dan akan membuat pelaburan pada jangka masa panjang dengan membuka kilang dan mencipta peluang pekerjaan,” katanya.

Selain itu, tindakan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Eropah menaikkan kadar faedah demi mengekang inflasi pada negara juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada Malaysia.

Menurutnya, hal tersebut menyebabkan berlaku pengeluaran wang kerana pelabur lebih berminat dengan negara-negara yang memberi faedah lebih tinggi jadi berlakunya kemerosotan ringgit.

“Malaysia bergantung kepada perdagangan (eksport dan import) luar negara, apabila negara luar terjejas ia akan memberikan kesan kepada pasaran saham.

“China merupakan rakan dagang terbesar dan sekarang mereka sedang berhadapan ‘recession’ (kemelesetan ekonomi) menyebabkan kejatuhan harga komoditi penting Malaysia iaitu minyak petrol dan minyak sawit,” katanya.

Dalam pada itu, ketidaktentuan ekonomi semasa yang melanda dunia kini, rakyat disarankan untuk tidak berbelanja secara melulu dan mengurang pembelian jangka masa pendek.

“Sebagai rakyat, kita kena fikir panjang sebelum berbelanja kerana kita berada dalam ‘economy uncertainty’ (ketidaktentuan ekonomi).

“Dari segi pasaran saham, kita berada dalam keadaan tidak tahu ke mana hala tuju, dalam bahasa teknikal saham kita panggil ‘sideways’,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan Bursa Malaysia mengalami penyusutan selama empat hari berturut-turut pada selasa – Artikel Kredit SatuBerita

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Kegagalan epik timbalan menteri, model ekonomi syok sendiri
September 22, 2023· Rencana
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
39 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
17 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok