Isu pajakan tanah, Khairuddin dakwa difitnah pemimpin UMNO

June 2, 2021 · Isu semasa

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mohd Khairuddin Aman Razali mengakui dirinya difitnah dan diserang oleh sebahagian pimpinan UMNO yang menggunakan laman sosial untuk menyebarkan dakyah bagi memburukkan namanya.

Menurut Menteri PAS itu, ia susulan namanya yang dikaitkan dengan isu Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang dikatakan mahu memajak tanahnya di bawah harga pasaran.

“Sebahagian pimpinan UMNO pun sedang bersemangat turut menyerang.

“Namun ia tidak menghalang saya untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional demi kepentingan ummah,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus itu lagi, bagaimanapun pendekatan mesra beliau bersama dengan UMNO tidak terjejas ekoran serangan itu.

“Hubungan baik yang terjalin dengan pimpinan UMNO juga tidak terjejas,” katanya.

Muafakat Nasional adalah perjanjian kerjasama politik antara UMNO dan PAS.

Sementara menjawab isu LGM, Khairudin menafikan beliau menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri.

“Selaku Menteri yang diberi amanah, saya menegaskan bahawa integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban
berasaskan Amalan Tadbir Urus Rabbani yang meletakkan pertimbangan dosa dan pahala adalah menjadi teras pentadbiran dalam Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta agensi di bawahnya,” tegasnya.

Tambahnya, dalam mendepani isu itu satu laporan polis juga telah dibuat.

“Tindakan saman kepada pihak dan individu yang menyebarkan fitnah sedang diuruskan,” tegasnya.

Terdahulu , isu yang mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna kuasa berkenaan dipercayai tular di akaun Facebook Pertubuhan Sahabat Erat dan Amanah Rakyat Malaysia (SEDAR) semalam, yang meminta Mohd Khairuddin memberi penjelasan mengenainya.

Berita berkaitan
Selepas Vincent Tan, MB Selangor pula hantar surat tuntutan kepada Sanusi
August 10, 2023· Politik
MB Selangor tak jawab dokumen sulit skandal tanah dimiliki Chegubard
August 8, 2023· Politik
Kerajaan PN baharu akan dedah fail sulit skandal tanah RM10 bilion di Selangor: Chegubard
August 7, 2023· Politik
Tanah mendap di laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lencongan Bentong Timur
July 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok